Tuesday 29 March 2011

SELAMAT BULAN APRIL


LUSA insyaAllah akan datang April. Bulan yang sering digunakan oleh orang tidak cerdik untuk membodohkan orang lain.

Selamat datang April. Selamat jalan kebodohan.

Friday 4 March 2011

AKU DI SINI..


SESEKALI aku menyembunyikan diri. Aku belajar untuk mencerakinkan diam buat seketika kerana dalam diam banyak perkara sedang ranum.

Esok lusa kita bertemu semula. Aku keluar dari persembunyian ini dan kita kembali berbicara. Seperti dulu-dulu. Mesra dan ramah tanpa batas dan sempadan.

Buat sementara, biar aku di sini. Untuk sementara, aku tidak pernah lupa.

Wednesday 2 March 2011

SEEKOR AYAM HUTAN DI DAHAN POKOK HALBAN


SEEKOR ayam hutan kubedil dengan senapang patah! Bedebaaaam! Ayam hutan itu pun jatuh, lalu cepat-cepat kutanam.

Di sini, kuburnya! Ya, aku masih ingat di sini kuburnya. Seekor ayam hutan yang pernah terbang pernah kutanam, di  sini. Di sini kuburnya.

Senapang patah itu telah lama kubiarkan berdebu, tapi aku percaya satu das daripadanya kalau kulepaskan semula tetap berbunyi bedebaaaam!

Dan akan ada kubur kedua, di sisi kubur seekor ayam hutan!